|
NILAM – Nilai Melayu Mengikut Adat
HARGA: S$40.00
Ulasan Naskah:
Sebagai kota jagat yang kian dikenali di persada dunia, Singapura memang bertuah dikurniai Illahi dengan seorang tokoh seperti Dr Haji Muhammad Arif Ahmad (MAS) yang sering dianggap kamus dan ensiklopedia bergerak bagi bahasa dan budaya Melayu.
Di dalam buku ini, Dr MAS cuba memberikan takrif bidang adat Melayu yang terus berubah-ubah dari zaman bahari sehingga keperluan semasa dimana Islam merupakan teras nilai Melayu, hujahnya.Dr MAS juga menerangkan bahawa bahasa dan budaya Melayu tidak pernah beku, bahkan cukup dinamis dan mudah dilentur menurut keperluan waktu.
Buku ini adalah warisan yang diwariskan Dr MAS buat anak bangsanya sebagai pedoman bagi masa depan dan pegangan penting dalam memastikan jati diri seorang Melayu Islam terus teguh.
Perincian Naskah:
Kulit Lembut : 348 mukasurat
Penulis : Dr Haji Muhammad Ariff Ahmad
Editor : Haji Mohd Raman Daud
Terbitan : Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuahn Budaya Melayu Singapura
Tahun Penerbitan : 2007
Bahasa : Melayu
ISBN No : ISBN 978-981-05-8085-8
Ukuran Naskah : 199mm X 275mm X 21mm
Harga : S$40.00 |